radio

Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Thursday, June 28, 2012

Koleksi 1 hari 1 petua di SSLfm bersama Anyama Blangkas (siri 3)

PUDARKAN KESAN PARUT

ada sesetengah di antara kita yg mempunyai kesan (parut) terutama di wajah. mungkin di sebabkan tercedera semasa bermain di waktu kecil,jangan risau ...anda boleh mencuba petua ini:
Ambil beberapa helai daun pegaga bersama (dengan ) akar -akarnya sekali,dan cuci hingga bersih, kemudian giling hingga lumat,campurkan sedikit bedak sejuk yg berketul serta sedikit air,lumurkan pada bahagian kulit yg berparut sebelum tidur,amalkan(lakukan) selalu untuk hasil yg lebih cepat dan memuaskan.

SELAMAT MENCUBA.....






MENGEKALKAN KEREMAJAAN KULIT

Sekarang ni saya ingin berkongsi resepi petua untuk mencerahkan kulit. Tapi sebelum tu, saya mohon agar semua pembaca saya yang cantik, kacak, cakep dan ganteng ni menjadi lebih realistik yerrr.... petua ni adalah untuk kembalikan kecerahan asli dimana warna kulit yang dianugerahkan Allah kepada kita sejak azali itu. Jangan pulak mimpi untuk jadi putih macam Jacko a.k.a M.Jackson kalau amalkan petua ni. Macam kapas pun jangan..KECUALI, sejak umur sehari lagi memang dah memiliki warna kulit macam tu ye!

Alright, Let us start with the ingredients and suitable procedures! =P

Bahan2:
- Sediakan semangkuk beras pulut hitam yang dicuci bersih dan dijemur sehingga kering atau keringkan mengikut kreativiti anda. Nak guna 'hairdryer' pun boleh asalkan berasnya dicuci.
- Sebiji kuning telur
- Sebiji limau nipis yang diambil perahan jusnya.

Cara2 membuat masker:
- tumbuk atau 'blend' beras pulut sehingga hancur.
- campurkan dengan kuning telur dan jus limau nipis.
- gaulkan sehingga sebati.

Cara2 memakai masker:
- IMPORTANT! Pastikan wajah dicuci bersih supaya tiada habuk yang terperangkap ketika pemakaian masker nanti.
- Tempelkan masker tadi keseluruhan muka dan sebahagian leher. (jangan sampai menutupi mata)
- Biarkan selama 30 minit atau 1 jam.
- Setelah kering, cuci muka dengan air suam sehingga benar2 bersih dan tiada sisa2 masker yang masih melekat.
Pemakaian masker yang alami (penggunaan dari bahan2 semulajadi) ini selain dapat membantu kulit kelihatan sihat, dapat juga mengembalikan kesegaran wajah. Dapat diperhatikan kaitannya semasa menunggu masker kering dalam tempoh waktu yang ditetapkan, kita boleh berbaring sambil memejamkan mata. Pada waktu ini, otot2 di wajah dapat 'relax' dan insyaAllah minda kita juga dapat direhatkan setelah asyik bekerja berfikir pelbagai perkara. Wajah yang segar, cerah semulajadi dan bertenaga bermula dari fikiran yang tenang, jernih dan lapang. Tidak terkecuali dari hati yang tanpa sekelumit hasad, iri atau apa saja 'presumption' negatif terhadap perkara sekeliling. Begitulah kesan psikologi yang dapat mempengaruhi penampilan seseorang. Jadi yang terpenting, kecantikan dalaman perlu kita naik tarafkan sebagai pemancar kecantikan luaran. :)

Oh ya, putih telur yang terasing tadi boleh diguna pakai sebagai 'light mask'. Pukul putih telur tersebut sehingga berbuih kemudian sapukan ke muka. Biarkan kering selama 15 ke 20 minit kemudian bilas sehingga bersih. Atau, masak je la telur putih tu..jangan buang,tak baik membazir yee. hehe..






MENGHILANGKAN BAU PADA PETI SEJUK

peti sejuk ada kalanya(MENGELUARKAN) mempunyai bau hanyir, 
cara mudah untuk menghindari bauan tersebut ialah:
selepas membersihkan peti sejuk, ambil kain dan letakkan sedikit esen vanila,
sapukan di seluruh peti sejuk,hasilnya peti sejuk anda akan wangi dan segar
apabila di buka.amalkan dua kali sebulan pun sudah memadai sekiranya tidak mahu peti ais anda mengeluarkan bau yg kurang menyenangkan. SELAMAT MENCUBA.....






MEREDAKAN SENGATAN LEBAH

Jika anda tiba tiba di sengat lebah, cari dan ambillah bunga yg terdekat dari anda,dan sapukan (gosokkan) hingga hancur pada tempat yg di sengat tadi,tidak berapa lama bekas sengatan lebah akan berkurangan (sembuh) seperti sedia kala.
SELAMAT MENCUBA...






MENGOBATI BENGKAK GUSI

ambil beberapa keping gambir dan dua ulas ibu kunyit hidup ,juga air lebih kurang 1 liter kemudian didihkan, dan tunggu beberapa minit,air rebusan yang telah suam boleh di buat berkumur, lakukan tiga kali sehari, insya ALLAH bengkak gusi akan pulih dengan segera... SELAMAT MENCUBA...






PETUA MEMBERSIHKAN BUAH PINGGANG

Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita.

Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??
Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit parsli dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).

Tahukah anda apa itu daun parsli?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.

Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk. Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.

Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
SELAMAT MENCUBA....

Koleksi 1 hari 1 petua di SSLfm bersama Anyama Blangkas (siri 2)

LEMON CANTIKKAN SIKU DAN LUTUT

Siku dan lutut yang kasar lagi hitam ,pasti mengganggu penampilan anda.
terdapat cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini,salah satunya adalah dengan menggunakan buah lemon.
Ambil sebiji buah lemon ,belah menjadi dua ,sebahagian ramaskan pada siku dan sebahagian lagi ramaskan pada lutut pula,biarkan ianya basah selama 10 minit,setelah itu cuci hingga bersih siku atau lutut,kemudian bolehla sapukan losen .hasilnya insya ALLAH
SELAMAT MENCUBA....






MENGUBATI PARU - PARU BERAIR

Bahan-bahan

Madu Lebah & Telur Puyuh
Caranya

Campurkan telur puyuh dengan madu lebah ( dapatkan madu asli)( 1~ 2 camca ) dan kacau sehingga sebati. kemudian minum, amalkan selalu hingga menampakkan hasilnya .....insya ALLAH SELAMAT MENCUBA






MEMERAHKAN BIBIR SECARA SEMULA JADI

Tentunya kita menginginkan bibir yg berwarna merah secara semula jadi,
bagi mendapatkan bibir yang merah semula jadi(asli),tampalkan hirisan halia pada bibir selama 15 minit,lakukannya setiap hari, hasilnya insya ALLAH anda pasti berpuas hati
SELAMAT MENCUBA...






MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH (Pecah pecah)

Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
SELAMAT MENCUBA....






PETUA UNTUK BERSABAR

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.

14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.






MENGATASI KAKI BERSISIK 

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
insya ALLAH jika di amalkan selalu sisik di kaki tiada lagi,SELAMAT MENCUBA






BAWANG PUTIH MEMBUNUH KUTU

sekiranya ada di antara kita yang mengalami ( dijangkiti) kutu pada kepala,jangan risau lagi kerana boleh mencuba petua di bawah ini dengan cara:

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. insya ALLAH kutu dan semua telur2 kutu akan mati dan mudah untuk di lenyapkan... SELAMAT MENCUBA






PETUA MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.hasilnya kesan karat tidak kelihatan lagi. insya ALLAH.....
SELAMAT MENCUBA






ELAK SEMBELIT

Bagi mereka yang menghadapi masalah kesukaran membuang air besar,jangan risau anda boleh mencuba petua ini:
Dapatkan (ambil) beberapa ulas akar temu lawak,dan juga segenggam biji sawi,
masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya,kemudian rebus hingga mendidih,tutup api dan biarkan hingga sejuk,tapis dan bolehla di minum air rebusan tadi
pagi dan petang pada setiap hari sehingga sembuh,insya ALLAH ia dapat mencegah sembelit. 
SELAMAT MENCUBA

Koleksi 1 hari 1 petua di SSLfm oleh Anyama Blangkas (siri 1)

CARA MUDAH TANGGALKAN KUTIL

permukaan kulit yang berkutil sudah pasti mencacatkan penampilan diri,satu cara mudah mengatasinya ialah dengan mengisar atau menumbuk nenas dan daun limau purut sampai lumat,kemudian sapu pada tempat yang di tumbuhi kutil,amalkan dua atau tiga kali seminggu..... hasilnya insya ALLAH kutil akan tanggal dengan sendirinya.....
SELAMAT MENCUBA......




MELAMBATKAN TUMBUHNYA UBAN

Untuk melambatkan pertumbuhan uban,ambil sepuluh helai daun buluh dan potongkannya menjadi halus, tumbuk daun buluh tersebut sehingga lumat,kemudian sapukan pada seluruh rambut anda,jika di amalkan dalam tempoh seminggu sekali, insya ALLAH rambut akan lambat beruban,dan dapat menghitamkan lagi rambut anda.
SELAMAT MENCUBA.....




LIMAU PURUT HILANGKAN LENGUH KAKI

Berjalan seharian membuatkan kaki berasa lenguh dan kekejangan,begitu juga bila suasana kerja yg banyak berdiri menyebabkan keadaan yang sama(lenguh2).
satu cara untuk melegakannya ialah dengan mengambil beberapa biji limau purut,
gelek gelekkan pada kaki dan telapak kaki seolah olah sedang mengurut kaki,
hasilnya insya ALLAH anda akan berasa lega...... SELAMAT MENCUBA......




PETUA ISLAM UNTUK KECANTIKAN DIRI

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berdzikir, dan berdo’a. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
INSYA ALLAH SAMA SAMA KITA AMALKAN PETUA INI, DI SAMPING UNTUK KECANTIKAN DIRI DI DUNIA JUGA LEBIH BERMAKNA UNTUK ALAM AKHIRAT.......INSYA ALLAH






MENGHILANGKAN JERAWAT BATU

Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.SELAMAT MENCUBA...

Sunday, April 29, 2012

SELAMAT DATANG TETAMU JEMPUTAN KE KONTI SSLFM!!

Hari ini konti Blangkas SSlfm menerima kehadiran 2 orang tetamu yang datangnya dari selatan tanahair! Jauh kan? hihihi.. mereka yang dimaksudkan ialah Eina dan Tini. Mereka begitu teruja sekali datang dari Johor ke Sg. Buloh Selangor ini semata-mata untuk berjumpa dengan penyampai SSLfm. Semua penyampai SSLfm ada di konti Blangkas hari pada segmen K&M hari ini kecuali Musz Blues dan Shila yang tak dapat hadir kerana tak sempat nak ambik.

Eina dan Tini yang menginap di sebuah hotel di Seri Kembangan sejak semalam telah di jemput oleh Blangkas lebih kurang jam 2 petang tadi dan tiba di Sg. Buloh pada jam 3 petang. Segmen K&M yang dikendalikan oleh Datok Laksmana selaku main Dj begitu meriah dengan kehadiran dua tetamu jauh ini.

Eina & Tini ditemuramah oleh Dj sempat berposing lagi tu..
belakang : Khai Aidil tak tau tengah buat apa.
Ini adalah hadiah istimewa buat pendengar setia SSLfm untuk mereka merasai pengalaman ke udara bersama penyampai SSLfm walaupun SSLfm tidaklah seperti radio-radio hebat lain. Tetapi kami di SSLfm sangat-sangatlah berbesar hati dan bangga kerana ada juga pendengar yang sudi untuk bersama kami ke udara. Sebelum ini juga kami ada juga menerima kedatangan beberapa pendengar setia SSLfm seperti  Wani Myza dari Kuala Selangor dan Ku Iskadar dari Sg. Besar. Jadi, teruskan mendengar SSLfm dan sentiasa menyokong radio online ini! Peace Yo!!~

Tuesday, April 24, 2012

SEGMEN 2 FRUST AND 2 FURIOUS 24.4.2012

Aku bengang sangat ni!!! Bengang!!!! bukan pasal ape.. aku tengah on air dalam segmen ni... pendengar dah ade dah.. ramai la jugak... tetiba line broadband putus. tak tau apesal. Pastu baru aku sedar yang aku bercakap  sorang-sorang selama  beberapa minit. lame jugak tu. kira macam bercakap dengan hantu la. pastu aku on la balik broadband. aku dah rugi 5 minit time tu. tetibe takde sorang pon yang dengar!! Ya Allah... tensionnya aku.. Tadi dah ade orang dengo, lepas off broadband sorang pon takde.. Nak je aku pijak-pijak simkad broadband tu (aku dah buat pon). tapi pijak secara sopan laaa... pasal nak pakai balik. dalam hal ni pendengar tak salah, yang salah ialah broadband dan syarikat telekomunikasi tuuuuut!

bende ni perkara kecik je kan.. tapi bagi aku bende ni boleh menjatuhkan reputasi SSLfm sebagai radio yang tengah nak naik ni. bayangkan, pendengar lari semua time tu.. aku bercakap sorang2.. sape lah tak bengang.

Jadi kesimpulannya, aku saja je nak kongsi cite ni.. mungkin ade yang tengah mendengar time radio off tadi.. minta maaf la yer.. tak sengaja.. hehehehe.. ape pon, Dj-Dj di SSlfm cube bagi yang terbaik buat korang semua!! teruskan mendengar SSLfm!! Peace Yo!!

Sunday, December 25, 2011

Cerita Mengarut Nak Mampos

Tahun baru menjelang lagi. Happy new year.! Semoga new year kali ini menghappykan anda dan kerabat-kerabat anda.
Setiap tahun baru pasti ada azam baru. Ada bermacam-macam jenis azam baru. Bayi yang baru lahir dan diberikan nama Azam juga adalah azam baru. Apa azam tahun baru anda? Pastinya ianya sesuatu yang baik untuk anda, bukan? Azam untuk memperbanyakkan hasil rompakan dan ragutan di tahun 2012 juga adalah sesuatu yang baik bagi diri anda dan pastinya tidak baik untuk orang lain.sekiranya tidak baik untuk orang lain, jangan dijadikan azam pula.. nanti marah pulak azam anak pak mat sebelah rumah cik tom tom bak. Kepada yang belum setel azam 2011, setelkan dulu. Jangan tamak mengumpul azam. Kalau banyak sangat azam anda, siapa yang nak setelkan untuk anda? Jiran anda belum tentu setuju untuk setelkan. Cukuplah dengan satu atau dua bijik azam saja. Jangan sampai tak ada azam langsung. Itu dah kira kurang azam dah tu.Azam penting untuk meningkatkan paradigma dalam diri seseorang. Dengan adanya azam, hidup kita ada tujuan walaupun Azam anak pak mat tu jenis yang suka ronda-ronda kampung tanpa tujuan.
Semoga anda berjaya dengan azam tahun baru 2012. Untuk pengetahuan anda, saya dah pun setelkan azam 2012 dalam masa 5 hari saja. Sekarang saya tengah setelkan azam 2013 dan 2014. jimart masa saya… tahun 2013 dan 2014 nanti dah tak payah ade azam… hehehe

Anyway, selamat tahun baru kepada semua pendengar SSLfm. Thanks for everything even you didn’t give me anything..

Nukilan : DJ Chronicle
do nothing : DJ Khai hakhakhakhakhak