radio

Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Thursday, June 28, 2012

Koleksi 1 hari 1 petua di SSLfm bersama Anyama Blangkas (siri 2)

LEMON CANTIKKAN SIKU DAN LUTUT

Siku dan lutut yang kasar lagi hitam ,pasti mengganggu penampilan anda.
terdapat cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini,salah satunya adalah dengan menggunakan buah lemon.
Ambil sebiji buah lemon ,belah menjadi dua ,sebahagian ramaskan pada siku dan sebahagian lagi ramaskan pada lutut pula,biarkan ianya basah selama 10 minit,setelah itu cuci hingga bersih siku atau lutut,kemudian bolehla sapukan losen .hasilnya insya ALLAH
SELAMAT MENCUBA....






MENGUBATI PARU - PARU BERAIR

Bahan-bahan

Madu Lebah & Telur Puyuh
Caranya

Campurkan telur puyuh dengan madu lebah ( dapatkan madu asli)( 1~ 2 camca ) dan kacau sehingga sebati. kemudian minum, amalkan selalu hingga menampakkan hasilnya .....insya ALLAH SELAMAT MENCUBA






MEMERAHKAN BIBIR SECARA SEMULA JADI

Tentunya kita menginginkan bibir yg berwarna merah secara semula jadi,
bagi mendapatkan bibir yang merah semula jadi(asli),tampalkan hirisan halia pada bibir selama 15 minit,lakukannya setiap hari, hasilnya insya ALLAH anda pasti berpuas hati
SELAMAT MENCUBA...






MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH (Pecah pecah)

Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
SELAMAT MENCUBA....






PETUA UNTUK BERSABAR

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.

14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.






MENGATASI KAKI BERSISIK 

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
insya ALLAH jika di amalkan selalu sisik di kaki tiada lagi,SELAMAT MENCUBA






BAWANG PUTIH MEMBUNUH KUTU

sekiranya ada di antara kita yang mengalami ( dijangkiti) kutu pada kepala,jangan risau lagi kerana boleh mencuba petua di bawah ini dengan cara:

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. insya ALLAH kutu dan semua telur2 kutu akan mati dan mudah untuk di lenyapkan... SELAMAT MENCUBA






PETUA MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.hasilnya kesan karat tidak kelihatan lagi. insya ALLAH.....
SELAMAT MENCUBA






ELAK SEMBELIT

Bagi mereka yang menghadapi masalah kesukaran membuang air besar,jangan risau anda boleh mencuba petua ini:
Dapatkan (ambil) beberapa ulas akar temu lawak,dan juga segenggam biji sawi,
masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya,kemudian rebus hingga mendidih,tutup api dan biarkan hingga sejuk,tapis dan bolehla di minum air rebusan tadi
pagi dan petang pada setiap hari sehingga sembuh,insya ALLAH ia dapat mencegah sembelit. 
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment